Monday, March 5, 2012

7 INFO PENJAGAAN SIHAT


Dibawah ini saya menyenaraikan 7 penjagaan sihat sebagai panduan bersama :

Info 1 : Cuaca dan udara yang terlalu sejuk boleh menghakis kulit lembab menjadi kering, menimbulkan batuk dan selsema, jadi dos pengambilan pakaian hendaklah tebal. Jika anda memandu motosikal, pakailah tebal jika pakaian nipis boleh terdedah kepada bahagian dada, kemungkinan akan menyebabkan lemah jantung  dan sakit dada.

Info 2 : Coklat begitu digemari kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas sekalipun remaja, dos pengambilan coklat yang berlebihan akan menyebabkan rosaknya gigi, gigi akan mengalami hakisan, menimbulkan bakteria dan kuman akan berjangkit pada gigi. Jadi, tinggalkanlah coklat sebagai harian.

Info 3 : Kekurangan tidur mungkin dialami golongan-golongan atas seperti ulama’, pakar professional, guru, dan sebagainya. Ketahuilah, kekurangan tidur juga akan menimbulkan seseorang itu sakit kepala. Tidurlah secara mencukupi yang telah digariskan setiap orang.

Info 4 : Ubat gigi seperti Colgate bukan ubat gigi yang terbaik, malah ia menyebabkan sakit gigi, kemungkinan geraham gigi berdenyut-denyut kerana ia mengandungi bahan kimia seperti florid, DiethelyneGylcol dan lain-lain. Jadi , gunakan prodak-prodak islam seperti HPA.

Info 5 : Orang yang kuat bersukan seperti bermain bola sepak akan menguatkan stamina, mencerdaskan otak dan dapat membakar lemak dalam badan. Boleh juga bersukan dalam bentuk berjoging dan bersenam. Lakukanlah mengikut citarasa masing-masing.

Info 6 : Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari kerana makanan seumpama banyak khasiat, antaranya : menyihatkan @ menguatkan badan, mencerdaskan otak, membantu system pencernaan, mengurang kolesterol, kaya dengan pelbagai C, b1, b2. Makanan seumpama ini dapat memanjangkan umur dan menghalang kita daripada terkena penyakit. 

Info 7 : Orang yang mengangkat berat pastinya dia kuat, mempunyai tubuh badan yang kentul. Ada dikalangan orang tua dan muda mengangkat barang-barang dengan banyak. Ketahuilah, pada usia muda atau tua inilah akan merasai sakit-sakit pinggang, sakit urat, sakit otot dan kemungkinan pada usia tua mengalami penyakit dan tidak mampu membuat kerja lagi.   

 sekian daripada saya, THANKS.

Banyakkan Minum Air, antara kelebihan untuk kesihatan


    Badan kita memerlukan 80% air dalam tubuh, jika badan kita kekurangan air maka badan akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Air juga mengandungi oksigen yang tinggi dan mempunyai molekul-molekul air yang pelbagai bentuk dan warna jika kita dapat melihat dengan Mikroskop. Sesetengah daripada kita menganggap air hanya untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi kita telah silap tentang kelebihan air tersebut.
    
     Ramai golongan muda menggemari minuman manis seperti Coca-cola, Pepsi dan lain-lain, minuman ini  tidak memberi sedikit pun sebarang khasiat atau manfaat kepada kita malah minuman seperti ini mengandungi 100% kalori gula yang tinggi, jika pengambilan minuman seumpama ini berlebih-lebihan seseorang itu kemungkinan akan mengalami kencing manis, seseorang itu mungkin akan pening kepala, sakit perut dan sebagainya.
     
      Ketahuilah bahawa manusia sangat memerlukan air berbanding makanan, jika air tiada maka manusia akan lemah. Antara khasiat dan kelebihan air adalah dapat memproses kitaran makanan dalam perut dengan baik, dan membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan dapat mengurangkan lemak-lemak dalam badan. Selain itu, air juga dapat meningkatkan kalsium tulang, menambahkan tenaga, membantu proses sistem penghadaman, dapat mencernakan sisa-sisa makanan, dapat mengeluarkan peluh, mencerdaskan otak untuk berfikir dan mengurangkan kolesterol dalam badan serta menghapuskan bahan-bahan kimia dalam badan.
   
       Purata dalam piramid makanan, kita memerlukan air sebanyak 12 gelas setiap hari, boleh juga kita dapat mengamalkan 8/9/10 gelas, amalkan setiap hari dikala anda dahaga. Lebih baik dijadikan minuman air suam sebagai breakfast di waktu pagi, tidak lupa juga di waktu petang mahupun malam. Ketahuilah, jika kita kekurangan air, kita akan mengalami batuk dan kemungkinan akan mengeluarkan kahak serta batuk kering pada tekak. Ketahuilah juga, air dapat menggantikan minuman-minuman manis, jika dapat ketahui khasiat air suam demi untuk kesihatan bersama.

Jadikan amalan minuman air sebagai dos pengambilan setiap hari.

“Sihat sepanjang hayat”… sekian, terima kasih.

Sunday, March 4, 2012

3 Petua Mengubati Bisul

Petua pertama : Ambil beberapa helai pokok semalu, tumbukkan ia sampai lumat dan tampalkan pada bisul, lakukanlah setiap hari, insyallah.


Petua kedua : Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada bisul, cuba lakukan beberapa kali.


Petua ketiga : Ambil 2 atau 3 ulas bawang putih, tumbukkan ia sampai hancur dan sapukan pada bisul, lebih elok dibalutkan bersama kain supaya tidak jatuh, insyallah moga-moga sembuh

8 Perkara menajamkan penglihatan mata

Kadangkala penglihatan mata kita kurang jelas, ada setengah orang matanya rabun pada pandangan jauh, entahlah kenapa. Cuba anda amalkan sekiranya mata anda masih lagi sempurma, insyalah moga-moga mendapat rahmat dan pahala daripada Allah s.w.t :


Pertama : Amalkan makan lobak merah (carrot) makanan kegemaran arnab.


Kedua : Lihat pemandangan hijau seperti flora dan fauna atau tumbuh-tumbuh.


Ketiga : Lihat wajah para Ulama’ atau tok-tok guru.


Keempat : Lihat gambar-gambar yang indah seperti keindahan alam atau panorama, keindahan pantai, sungai, dan lautan.


Kelima : Amalkan sentiasa melihat ayat-ayat Al-Quran.


Keenam : Melihat kaabah di Makkatul mukarrmah.


Ketujuh : Duduk menghadap ke arah kiblat.


Kelapan : Amalkan sunnah Nabi dengan bercelak.

25 fakta aneh dari tubuh manusia.

Tubuh manusia menyimpan berbagai misteri yang sangat mengagumkan, meski kadang terlihat aneh atau ganjil. Setidaknya ada 25 fakta dari tubuh manusia yang belum banyak diketahui dan terbilang aneh.

Tubuh manusia terdiri dari berbagai macam organ dan jaringan yang bisa bekerja sama, hal ini membuat seseorang bisa hidup dengan baik. Semua koordinasi sel dan organ membuat tubuh menjalankan fungsi yang sempurna.

Berikut 25 fakta aneh tentang tubuh manusia, seperti dilansir Healthmad, Rabu (9/3/2011), yaitu:


1.Dalam tubuh manusia, sekitar 3 juta sel mati setiap menit.

2.Partikel debu yang ditemukan di rumah sebagian besar berasal dari kulit mati tubuh manusia

3.Otak relatif lebih aktif pada malam hari dalam satu hari

4.Otak terdiri dari 80 persen air

5.Rata-rata orang setiap hari kehilangan sekitar 60 sampai 100 helai rambut.

6.Otot terkuat dalam tubuh manusia adalah lidah.

7.Mata dan hidung selalu tumbuh, tapi mata tetap dengan ukuran yang sama dari awal.

8.Sel telur perempuan adalah sel terbesar dalam tubuh dan sperma laki-laki adalah sel terkecil

9.Untuk mengambil satu langkah, tubuh manusia menggunakan sekitar 200 otot.

10.Ada sekitar 1 triliun bakteri ditemukan pada masing-masing kaki.

11.Sekitar 6 bulan sebelum bayi lahir, gigi sudah mulai tumbuh tapi belum muncul ke permukaan gusi.

12.Kotoran telinga lebih banyak disekresikan oleh tubuh saat orang merasa takut.

13.Sekitar 36.000 galon darah dipompa oleh jantung setiap hari.

14.Ada sekitar 250.000 kelenjar keringat yang ditemukan pada sepasang kaki manusia.

15.Setiap manusia pada saat konsepsi (pembuahan benih) menghabiskan sekitar setengah jam sebagai sel tunggal.

16.Untuk menghasilkan suara ketika berbicara digunakan sekitar 72 otot.

17.Jantung perempuan berdetak lebih cepat dari jantung laki-laki.

18.Semua fungsi tubuh berhenti ketika Anda bersin termasuk jantung, selama sekitar satu detik.

19.Sekitar 15 juta sel darah bisa hancur setiap detik.

20.Laki-laki dapat mengalami ereksi setiap satu setengah jam saat tidur.

21.Ada sekitar 120 juta hubungan seksual yang berlangsung setiap hari di seluruh dunia.

22.Ada sekitar 31.500 kata yang diucapkan manusia setiap hari.

23.Saat terlalu banyak makan, kemampuan pendengaran manusia menjadi berkurang.

24.Golongan darah O adalah golongan darah yang paling umum di dunia.

25.Manusia tidak merasa geli saat menggelitik tubuhnya sendiri.

sumber laman web : w.w.w.detikhealth.com/.../25-fakta-aneh-da..

Kelebihan menaiki tangga dari sudut kesihatan

Lif lebih cepat sampai berbanding menggunakan tangga, tetapi tahukah anda menggunakan tangga baik untuk kesihatan kita. saya telah membuat beberapa pemerhatian sepanjang berada di wisma sultan Muhammad v ini :  

Dibawah ini saya senaraikan 10 manfaat menggunakan tangga, baca dan amalkan:

1.Menguatkan otot-otot anda seperti betis, peha, tangan dan perut.

2.Melancarkan sistem darah.

3.Dapat menghadamkan sisa-sisa makanan dalam badan anda.

4.Menguatkan tenaga.

5.Mengaktifkan sel-sel dalam tubuh.

6.Mengeluarkan peluh bagi orang yang berisi.

7.Dapat menghancurkan lemak dalam badan anda.

8.Jantung berdeyut dengan aktif.

9.Menguatkan denyutan jantung untuk mengepam darah lebih banyak.

10.Menggunakan tangga juga seolah-olah seperti berjoging dan bersenam.

Saturday, March 3, 2012

MENGUBATI MASALAH BATUK SECARA ISLAM

Dibawah ini saya menyenaraikan 7 langkah-langkah petua untuk mengatasi batuk :

Langkah pertama : sembahyang hajat 2 rakaat.

Langkah kedua : Ambil segelas air kosong, anda hendaklah baca surah Al-fatihah sebanyak 10 kali atau lebih, lebih baik lagi anda baca 41 kali.

Langkah ketiga : selawat ke atas Nabi dan diselagi dengan niat dalam hati anda untuk sembuhkan penyakit.

Langkah keempat : Sebelum minum bacalah BISMILLAH 3 kali pada tapak tangan kanan anda dan sapukan ke atas kepala dan dada anda.

Langkah kelima : Waktu pagi amat sesuai sekali untuk diamalkan sebelum memasukkan makanan ke dalam rongga.

Langkah keenam : Cara ini juga boleh diamalkan kepada mereka yang selsema, kahak, batuk kering dan demam.. insyalalh.

Langkah ketujuh : Berikan air yang telah dibaca itu kepada pesakit, dan hendaklah dia berdoa dan solat hajat
.