Saturday, March 3, 2012

11 Petua kecantikkan semulajadi

Disebalik khasiat semulajadi yang Allah jadikan ini memberi kesan dan efek kepada kita kerana didalamnya mengandungi pelbagai rahsia jika kita mengetahuinya, anda juga boleh bertanyakan kepada pakar-pakar kecantikan atau kesihatan. Dibawah ini saya menyenaraikan 11 petua yang mudah dan senang dilakukan tanpa bahan-bahan pengawet atau kimia. Elakkan daripada menggunakan losyen yang terdapat dikedai-kedai jualan kosmetik kerana mengandungi bahan-bahan berunsur efek kepada kulit dan itulah menyebabkan wajah anda berjerawat dan berbintik kemerahan dan sebaliknya. Elakkan juga daripada menghabiskan wang demi untuk kecantikkan seperti memasukkan cucuk atau botik atau menggunakan alat penghakis jerawat.Insyallah, Jadi cuba anda amalkan petua dibawah ini jika ada kelapangan masa dirumah : 

Petua Pertama : Ambil satu batang mentimun, hiriskan ia menjadi bentuk bulat lalu anda tampalkan mentimun tersebut pada muka iaitu kedua-dua pipi dan letakkan juga pada kedua-dua mata. Cuba amalkan ia ketika hendak tidur, boleh juga amalkan pada waktu pagi atau petang sambil anda berbaring di atas katil.

Petua Kedua : Amalkan makan Tomato, boleh dijadikan juga sebagai resepi sarapan di waktu pagi atau petang bersama sajian nasi. Ambil  Tomato tersebut lalu hiriskan ia menjadi bentuk bulat lalu anda hendaklah tampal pada muka atau kedua-dua pipi. Lakukan ketika hendak tidur atau boleh juga amalkan di waktu tengah hari sambil melintang di atas tempat tidur anda.  Antara khasiatnya Tomato adalah melicinkan kulit anda dan melembutkan kulit dan muka.

Petua Ketiga : Ketika anda mencuci beras simpan air beras tersebut ke dalam mangkuk, ambil air beras itu lalu anda basuh muka dengan air. Air beras menyegarkan kulit muka dan kecantikan kulit padanya.

Petua keempat : Amalkan selalu mengambil Wudu’  tatkala keluar kentut selepas tiap-tiap kali sembahyang, itulah hikmah disebaliknya. Air wudu’ juga menjadi awek muda syarat amalkan setiap hari.

Petua Kelima : Amalkan selalu makan buah Pisang. Antara khasianya : mencantikkan kulit anda dan merengangkan kulit yang kendul. Insyallah.   

Petua keenam : Amalkan baca Al-Quran setiap hari tidak kira waktu pagi, petang atau malam. Orang yang selalu baca Al-Quran boleh juga menjadi cantik. Antara kelebihannya : Menyihatkan Rohani, menyengangkan makanan Roh. Selain itu, Wajah anda akan ceria, menyihatkan kulit dan mencantikkan wajah sekalipun usia seseorang itu tua tetapi ia tetap kelihatan cantik, Subhanallah.

Petua KetujuhAmalkan senaman diwaktu pagi atau boleh juga waktu petang seelok-elok waktu pagi kerana cahaya matahari ketika itu menyegarkan tubuh badan dan mencerdaskan otak. Senaman juga menurunkan paras kolesterol, menurunkan berat badan anda serta badan akan menjadi langsing.  

Petua Kelapan : Ambil sebiji telur, pecahkan ia dan ambil lendir yang putih. Campurkan sedikit Madu @ susu kambing dan jadikan ia sebagai losyen dan tampalkan pada wajah anda. Antara khasiat lendir telur adalah kulit akan menjadi tegang, melicinkan kulit dan mencantikkan wajah daripada berjerawat.

Petua Kesembilan : Amalkan senyuman setiap hari, serlahkan wajah @ muka anda yang ceria tidak kira di waktu pagi, petang  atau malam. Orang yang ceria atau senyum selalu boleh menyerlahkan wajah menjadi cantik walaupun hodoh dan wajah juga menjadi menawan. Tahukah anda, kajian yang dijalankan oleh beberapa orang pelajar Universiti di Amerika menyatakan bahawa senyuman mampu mencegah selsema. Subhanallah.

Petua Kesepuluh : Amalkan Doa Asy-syifa dan selawat ke atas Nabi tidak kira selepas solat 5 waktu atau jika anda ada kelapangan masa. Dengan cara ini juga mampu kelihatan cantik dan gayanya menyerlahkan personaliti islam yang unggul.

Petua Kesebelas : Amalkan membaca 3 surah iaitu surah Yusuf, surah An-Nur dan surah Waqi’ah. Orang yang membaca Surah Yusuf akan menjadi hensem di Akhirat kelak sebagaimana Nabi Yusuf a.s. Orang yang membaca surah An-Nur akan menyerlahkan wajahnya yang bercahaya dan indah, insyallah. Orang yang membaca surah Waqi’ah akan mendapatkan kemurahan rezeki dan gayanya kelihatan cantik.   

No comments:

Post a Comment