Badan kita memerlukan 80% air dalam tubuh, jika badan kita
kekurangan air maka badan akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Air juga
mengandungi oksigen yang tinggi dan mempunyai molekul-molekul air yang pelbagai
bentuk dan warna jika kita dapat melihat dengan Mikroskop. Sesetengah daripada kita
menganggap air hanya untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi kita telah silap
tentang kelebihan air tersebut.
Ramai golongan
muda menggemari minuman manis seperti Coca-cola, Pepsi dan lain-lain, minuman
ini tidak memberi sedikit pun sebarang
khasiat atau manfaat kepada kita malah minuman seperti ini mengandungi 100%
kalori gula yang tinggi, jika pengambilan minuman seumpama ini berlebih-lebihan
seseorang itu kemungkinan akan mengalami kencing manis, seseorang itu mungkin
akan pening kepala, sakit perut dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa
manusia sangat memerlukan air berbanding makanan, jika air tiada maka manusia
akan lemah. Antara khasiat dan kelebihan air adalah dapat memproses kitaran makanan
dalam perut dengan baik, dan membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan dapat
mengurangkan lemak-lemak dalam badan. Selain itu, air juga dapat meningkatkan kalsium
tulang, menambahkan tenaga, membantu proses sistem penghadaman, dapat mencernakan sisa-sisa makanan, dapat mengeluarkan peluh, mencerdaskan otak untuk
berfikir dan mengurangkan kolesterol dalam badan serta menghapuskan bahan-bahan kimia dalam badan.
Purata dalam piramid
makanan, kita memerlukan air sebanyak 12 gelas setiap hari, boleh juga kita
dapat mengamalkan 8/9/10 gelas, amalkan setiap hari dikala anda dahaga. Lebih
baik dijadikan minuman air suam sebagai breakfast di waktu pagi, tidak lupa
juga di waktu petang mahupun malam. Ketahuilah, jika kita kekurangan air, kita akan
mengalami batuk dan kemungkinan akan mengeluarkan kahak serta batuk kering pada
tekak. Ketahuilah juga, air dapat menggantikan minuman-minuman manis, jika
dapat ketahui khasiat air suam demi untuk kesihatan bersama.
Jadikan amalan minuman air sebagai dos pengambilan setiap
hari.
“Sihat sepanjang hayat”… sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment