Tuesday, February 28, 2012
PETUA MENGUBATI MASALAH BATUK
Dibawah ini saya menyenaraikan 5 petua untuk mengatasi batuk, insyallah semoga berhasil......
Petua Pertama : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu
ke dalam kicap atau ke dalam gelas, jadikan sebagai minuman, kicap
tersebut bukan banyak ambil sekadar sahaja. Anda boleh amalkan, tidak
kira pada waktu mana pun pagi ke, petang ke atau malam jika anda batuk, cubalah rasa.
Petua kedua : Ambil bawang putih, tumbuk ia sampai hancur, ambil limau
nipis, hiris dan anda perahkan air limau itu ke dalam bawang putih yang
telah hancur tadi dan ambil kulit kayu manis bersamanya, lalu anda kacau
hingga sebati dan anda cubalah rasa dan minum, tapi bolehkah anda dapat
bertahan.
Petua ketiga : Banyakkan minum air, syaratnya air
itu adalah air suam. Purata sebenarnya bagi kita adalah sebanyak 12
gelas setiap hari atau paling kurang 8 gelas sudah cukup, yang penting
anda lakukan, elakkan minuman-minuman manis. Itulah antara punca kenapa kita batuk..
Petua keempat : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu
ke dalam madu, masukkan ke dalam gelas, jadikan sebagai madu berperisa limau.
Petua kelima : Anda juga boleh mengambil Habbatus sauda sebagai jus minuman, amalkan segelas atau dua setiap hari, pagi dan petang, insyallah.
itulah lima petua yang saya dapat kongsikan kepada semua, selamat mencuba.
khasiat 7 buahan
Dibawah ini saya menyenaraikan 7 sahaja khasiat buah-buahan, ringkas tapi manfaat demi kesihatan kita:
1.PISANG boleh mengurangkan tekanan darah.
2.KIWI boleh mengatasi penyakit Insomnia.
3.KURMA menambahkan darah dan menguatkan tenaga.
4.EPAL mampu menurunkan paras kolesterol.
5.MANGGA membantu sistem penghadaman badan.
6.ANGGUR kaya dengan vitamin c dan baik untuk kalium.
7.DURIAN boleh memanaskan badan.
Fungsi gerakan Hati
Dibawah ini saya menyenaraikan melalui kajian tersendiri iaitu 8
perkara dari sudut keburukan dan kebaikan tentang hati-hati manusia
kerana hati ini seumpama besi bilamana besi itu terkena air maka ia akan
menjadi karat, mafhum daripada hadis Nabi dan hati juga lebih keras
daripada batu : maksudnya, apabila hati manusia itu sudah disilaputi
titik-titik hitam, sukar untuk kita mencucinya kembali kepada yang asal.
8 Perkara yang boleh menggelapkan hati anda :
1.Bercakap kosong seperti mengumpat, mencaci, dan banyak bercakap.
2.Dengar mendengar ceramah-ceramah ugama selama 3 hari atau lebih.
3.Suka mencari kesalahan orang lain.
4.Mengisi masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
5.Tidak membaca Al-quran dan tidak mendengar hadis Nabi.
6.Makan dan minum dari sumber yang haram.
7.Sikap suka membenci dan suka mencuri hal-hal orang lain.
8.Melakukan dosa kecil/besar yang berpanjangan.
8 perkara untuk mencuci hati anda yang gelap/titik hitam :
1.Melakukan solat dengan khusyuk.
2.Selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah.
3.Membaca Al-quran dan mendengar hadis Nabi.
4.Mendengar ceramah kuliah-kuliah agama.
5.Makan dan minum dari sumber yang halal.
6.Hormati kedua ibubapa dan bercakap lemah lembut kepada mereka.
7.Bercakap hal-hal yang bermanfaat kepada masyarakat.
TAHUKAH ANDA !
Dibawah ini saya menyenaraikan 20 kajian dan penelitian saya sepanjang
saya memerhati, berfikir dan membaca dalam artikel dan juga pengetahuan
saya sendiri dan tidak copy mana-mana pun. Jadi diharap baca dan fahami
tentang keajaiban sekeliling anda yang mana Allah s..w.t tidak
menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia tetapi ia penuh dengan misteri
dan rahsia alam ini.
1.Bentuk-bentuk dalam solat seperti berdiri, rukuk, sujud dan tahiyyatul akhir membentuk kalimah AHMAD iaitu Muhammad.
2.Usia wanita lebih mudah tua berbanding lelaki.
3.Kaabah mempunyai keajaiban tersendiri salah satunya ia adalah pusat titik tengah bumi.
4.Gunung-gunung bergerak sedikit demi sedikit, Allah s.w.t telah
menyatakan didalam Al-quran bahawa gunung itu tidaklah berdiam diri akan
tetapi ia bergerak mengubah struktur bumi.
5.Nama yang paling popular didunia ini adalah MUHAMMAD.
6.Wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki.
7.Haiwan yang paling rajin dan saling bekerjasama adalah semut.
8.Air zam-zam adalah air yang paling jernih dan mempunyai khasiat serta
boleh mengubati segala penyakit mengikut apa yang kita niatkan.
9.Kitab yang paling banyak dibaca didunia ini adalah Al-quran.
10.Zionisme adalah yahudi palsu, ia direka oleh tokoh yang paling terpengaruh untuk mencipta agama baru mereka.
11.Orang yang lemah pasti akan ditindas, dicerca oleh golongan yang kuat.
12.Semakin hari, semakin cepat masa berlalu, semakin hampir dengan mati dan juga semakin hampir dengan kiamat.
13.Kiamat 2012 adalah reka cipta semata-mata, manusia hanya boleh
meramal sahaja tetapi Allahlah yang mengetahui dan menentukan
segala-galanya.
14.Ibu lebih memilih anaknya daripada emas yang banyak.
15. Tiga Warna kesukaan Nabi s.a.w. iaitu hijau, hitam dan putih.
16.Gelombang suara yang sangat kuat boleh merosakkan gegendang telinga anda.
17.Kelajuan cahaya lebih cepat daripada kelajuan bunyi.
18.Nama-nama Allah mempunyai 3000 kesemuanya.
19.Air wuduk juga boleh menjadikan seseorang itu awek muda jika diamalkan selalu tatkala batalnya wuduk.
20.Senaman juga mampu mengurangkan lemak dalam badan dan ia juga boleh mengubati penyakit-penyakit kronik.
NIKMAT KEAJAIBAN ANGGOTA MANUSIA
1.MATA boleh melihat semua sudut ruang, ia seumpama sebuah kamera yang
canggih, tanpa mata mana mungkin kita boleh berjalan, membaca, dan
melakukkan kerja setiap hari.
2.TELINGA mampu mendengar pada
jarak jauh, ia juga mampu mengesan bunyi, ia seumpama MP3 yang boleh
menangkap setiap kata-kata. Jika telinga anda pekak dan anda ingin membelinya sebanyak RM 30 juta sekalipun ia tidak mampu menyamainya.
3.HIDUNG boleh menghidu berbagai-bagai jenis bau-bauan, telinga juga
mampu mengesan, merasa dengan hanya menghidu baunya sahaja.
4.RAMBUT adalah nikmat yang tidak boleh dipisahkan dengan kepala, setiap
satu-satunya melebihi 30.000 helai rambut, bayangkan jika anda botak
tentunya anda malu.
5.KEPALA lebih keras daripada kayu tetapi
ia boleh pecah jika tidak menjaga dengan baik seperti kemalangan.
Elakkan bergurau, hentuk-hentuk kepala kerana boleh menyebabkan anda
susah mengingati,
6.TULANG lebih keras daripada Konkrit yang
dibina untuk mendirikan sebuah bangunan, semakin hari tulang manusia
menjadi tinggi mengikut peningkatan usia.
7.SENDI-SENDI manusia mempunyai 360 semuanya.
8,KAKI ibarat sebuah alat kenderaan roda, mampu berjalan keseluruh
dunia, kaki juga mempunyai otot tersendiri dan kaki juga mempunyai
titik-titik reflik urutan dengan hanya menggunakan tangan, dan mampu
mengubati penyakit-penyakit dengan hanya urut pada tapak kaki.
9.TANGAN ibarat tangan robot yang boleh membuat semua kerja tetapi lebih hebat daripada itu.
10.KULIT mempunyai deria sentuh yang tersendiri dan boleh merasai
panas, pedih, keras, dan lembut . Setiap kulit daripada kita berbeza.
Kebenaran pencipta tujuh lapis langit
Didalam Al-quran, Allah s.w.t berfirman, maksudnya ; “Tidakkah kamu perhatikan
bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”….
Allah menciptakan tujuh langit dan berulang-ulang kali menyebutkannya sebanyak tepat tujuh kali. Ketujuh ayat tersebut adalah:
1ـ ﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ﴾ [البقرة : 29].
“dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit”
2ـ ﴿تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ﴾ [الإسراء : 44].
“langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah”
3ـ ﴿قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ﴾ [المؤمنون : 86].
“Katakanlah: “Siapakah yang Memiliki langit yang tujuh dan yang Memiliki ‘Arsy yang besar?”
4ـ ﴿فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ﴾ [فصلت : 12].
“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa”
5ـ ﴿اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ﴾ [الطلاق : 12].
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan juga bumi.“
6ـ ﴿الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [الملك : 3].
“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis“
7ـ ﴿أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [نوح : 15].
“ Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”
Kesesuaian yang begitu tersusun ini menyatakan Zat Yang Menurunkan
Al-Quran adalah Pencipta tujuh langit. Maha Suci Allah lagi Maha
Berkuasa! SUBHANALLAH
Rahsia Wudhu’
INFO ISLAM :
Ramai
di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah
kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita
terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah
kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,“Ya
Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,“Ya, Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat”.
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Monday, February 27, 2012
Tips Penjagaan kesihatan yang mudah.
INFO KESIHATAN :
Dicelah-celah makanan seperti Buah-buahan atau sebagainya yang menyimpan rahsia atau khasiat tertentu, disamping kita merasai nikmat deria rasa dengan lidah, tahukan anda : setiap daripada kita berbeza dari segi rasa dengan lidah kerana lidah adalah antara otot yang paling kuat sekali, adakalanya rahsia ini diketahui orang-orang tua yang sudah merasai asam garam kehidupan tentu mereka lebih diketahui, dibawah ini saya ingin berkongsi sedikit petua dan saya telah menyenaraikan 20 tentang tips penjagaan kesihatan :
1.Amalkan buah tin yang lembab atau yang basah kepada pesakit BUASIR
kerana ia boleh mencegah dan menghindari daripada berlarutan.
2.Amalkan minum SUSU kepada orang yang kurang bertenaga dan kepada orang
yang sukar buang air besar, susu juga dapat meningkatkan kalsium tulang
anda.
3.Amalkan makan KISMIS 7
biji setiap hari di waktu pagi ketika hendak ke kuliah atau ke sekolah,
kismis dapat menguatkan IQ anda dan mencerdaskan otak anda.
4.Amalkan makan buah KURMA untuk menambahkan tenaga anda dan menambahkan darah kepada mereka yang kurang darah.
5.Amalkan makan LOBAK MERAH setiap hari atau 3 kali seminggu, ia boleh
menajamkan penglihatan anda yang kabur dan semestinya mata anda akan
menjadi cerah pada jarak dekat dan jauh.
6.Amalkan makan buah
DURIAN ia boleh melawaskan perut anda serta elakkan makan yang terlalu
banyak kerana boleh menyebabkan badan @ perut terasa panas.
7.Elakkan makan TEMBIKAI dengan MADU kerana boleh menyebabkan terasa mabuk atau pening.
8.Amalkan makan buah LIMAU lebih-lebih lagi yang manis atau yang rasa
masam-masam manis, buah limau juga boleh mengurangkan SELSEMA dan boleh mencerdaskan otak.
9.Amalkan bahan pelembab muka semulajadi dengan membasuh muka anda
dengan air BERAS yang telah dibasuh atau yang telah digunakan dalam
periuk nasi anda, air beras juga dapat menyegarkan wajah anda.
10.Elakkan makan telur, ayam atau ikan-ikan laut yang tidak dibakar
kepada pesakit kulit, jika dimakan juga menyebabkan penyakit kulit akan
berjangkit seperti penyakit kuning, atau bintik-bintik.
11.Hindarilah duduk berhampiran dengan mereka yang merokok, kerana orang yang tidak merokok akan menyebabkan BATUK.
12.Air arak adalah air yang haram untuk kita minum kepada peminum arak
hindarilah dan tinggalkanlah air tersebut, air arak boleh menghilangkan
akal fikiran anda serta boleh melemahkan anggota badan.
13.Amalkan minum air kelapa, ia boleh mencegah kanser, kencing manis,
paru-paru anda dan lain-lain . Buah kelapa antara salah satu buah yang
digunakan dalam perubatan islam.
14.Hindarilah makan telur bersama ikan, kerana ia boleh menyebabkan sakit gigi geraham.
15.Memakan beras (nasi) boleh menyuburkan badan, dan menjernihkan warna kulit badan serta muka.
16.Memakan BETIK boleh menajamkan mata, lebih baik jadikan ia sebagai jus minuman.
17.Susu lembu dapat mengenyangkan dan menambahkan kesuburan kalsium badan.
18.Memakan Halia boleh mengeluarkan angin dalam badan dan menyihatkan perut.
19.Memakan bawang putih boleh memanaskan tubuh, melancarkan air kencing dan ia juga boleh mengubati keracunan dalam badan.
20.Garam boleh menguatkan tubuh dan mengubat luka agar tidak merebak.
Saturday, February 25, 2012
BAHAYANYA MEROKOK
INFO KESIHATAN
Dibawah ini saya menyenaraikan 10 keburukan-keburukan merokok terhadap kesihatan anda.
1.Merokok mengandungi bahan-bahan kimia seperti racu tikus, Metanol,
Arsenik, Nikotin, karbon monoksida, kadmium dan lain-lain lagi.
2.Menyebabkan paru-paru menjadi hitam dan akan mengalami kanser paru-paru.
3.Merokok juga membawa kematian pada usia remaja lagi jika tahap usianya yang pendek.
4.Setiap asap yang keluar boleh mematikan beratus-ratus sel dalam badan.
5.Menyebabkan perokok akan mengalami penyakit lemah jantung, sakit jantung, atau jantung tersumbat.
6.Menimbulkan penyakit-penyakit lain seperti kanser otak, barah,
penyakit kulit, batuk, selsema, pening kepala, appendix, strok serta
meningkatkan kolesterol.
7.Merokok boleh kecenderungan masuk angin dalam badan atau Flu.
8.Merokok juga boleh mengakibatkan rosak otak, mental atau fikiran.
9.Merokok juga boleh dikaitkan matinya pucuk tetapi tidak semestinya
juga ada dikalangan kita dapat ramai anak tetapi juga anak-anak anda
kemungkinan kurang cerdas, mudah terkena penyakit kulit dan sebagainya.
10.Jika berlaku penyumbatam darah kemungkian strok bahagian otak.
Tuesday, February 21, 2012
INFO DAN FAKTA SURAH DALAM AL-QURAN
1.Surah Al-fatihah mempunyai 7 ayat sahaja, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"surah Al-fatihah adalah ubat segala penyakit'.
2.Surah yusuf adalah surah yang dinamakan sempena NaBI Yusuf a.s, sesiapa yang baca, insyallah akan menjadi cantik/hensem diakhirat kelak.
3.Surah Al-baqarah adalah sempena kisah Kaum nabi musa iaitu bani israel yang mana mereka menyembah lembu samiri, mereka jadikan sebagai tuhan.
4.Tahukah anda, surah Al-imran. Imran adalah bapa kepada maryam ibu kepada nabi isa.
5.Surah yunus dan Hud adalah nama 2 orang rasul utusan Allah kepada kaum baginda.. Kisah Nabi yunus, baginda ditelah oleh ikan NUN/paus selama 40 hari, Nabi hud mempunyai kaumnya yang pandai membina bangunan dengan mengukir dan memahat pada batu.
6.Surah Ar-ra'du dinamakan surah petir/halilintar. tahukah anda: kecepatan petir adalah kelajuan cahaja lebih cepat dari sesaat dan sekelit mata anda.
7.Surah AN-nahli dinamakan surah semut. Tahukah anda, antara haiwan yang paling rajin, bekerjasama antara satu sama lain, tidak pernah bergaduh sesama mereka adalah semut, ia dicatat didalam Al-quran.
8.Surah Al-israk dinamakan sempena peristiwa perjalanan Nabi s.a.w dari Mekkah ke Masjidil AQSA dan baginda naik ke langit dengan menunggang Seekor BuraQ.
9.Surah Al-kahfi adalah surah yang menceritakan kisah 7 orang pemuda dan seekor anjing, mereka lari demi menyelamatkan iman mereka dari kerajaan zalim.
10.Tahukah anda Surah Yassin dan Surah Taha adalah nama Nabi s.a.w.
11.Tahukah anda surah Al-furqan adalah nama Al-quran dan surah an-Nur adalah sifat Al-quran.
12.Surah an-Naml adalah surah lebah, LEBAH mengeluarkan MADU, tahukah anda madu sangat baik kepada kesihatan kita, ia boleh dijadikan sebagai minuman dan ubat segala penyakit.
13.Labah-labah antara serangga yang tercatat didalam Al-quran, Tahukah anda: labah-labah boleh dikatakan 'pakar menangkap mangsa' dengan hanya menunggu dan bersabar dan labah-labah juga adalah 'pakar membuat sarang' yang begitu kukuh dan kental.
14.Kerajaan ROm adalah antara kuasa besar dunia pada masa itu sebelum kelahiran Nabi s.a.w, ia dicatatkan didalam AL-quran.
15.Surah LuQman adalah nama seorang Ahli hikmah dan bijaksana dalam kata-kata/ nasihat kepada anak-anaknya.
16.Antara nama-nama planet yang dinamakan surah didalam Al-quran adalah Bintang.. BulaN.. dan Matahari.. selain itu terdapat Nama: BuruJ.. masa dan waktu : malaM.. PAGI.. dan subuh.. semua dimanakan surah..
17.Surah Al-hadid dinamakan BESI, tahukah anda: Dalam senarai atau data unsur-unsur kimia menunjukkan Besi adalah NO ke 26..
18.SuraH juMu'at dinamakan surah hari jumaat, yang mana umat islam semua berkumpul mendengar khutbah pada hari tersebut.
19.Tahukah anda: Surah Mulk adalah surah yang menghalang/membantu kita daripada siksaan kubur. Yang mana Nabi s.a.w tidak akan tidur selagi tidak membaca 2 surah iaitu surah Sajadah dan surah Mulk.
20.Surah Al-haaqah, surah ZAlzalah, surah Al-qari'ah, surah Kiamat, surah Al-ghosyiah dan surah An-naba' adalah 6 surah yang dinamakan nama-nama hari kiamat.
21.Surah nuh adalah nama Nabi NUh a.s, baginda menyeru kaumnya selama 950 tahun dan baginda berusia hampir 1000 tahun setelah berlaku banjir yang besar.
22.Jin tercatat nama surah didalam Al-Quran, jin sama dengan manusia dari segi makan dan minum, budaya dan adat resam, jin juga ada golongan islam dan ada yang kafir.
23.Surah aL-BALAD adalah surah negeri, SURAH ini adalah negeri yang aman sentisa iaitu mekkah..
24.Bacalah Surah Asy-rah kerana surah ini melapangkan dada, baca ketika anda ingin memulakan pembelajaran.
25.MASA amat penting dalam kehidupan kita, rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara kerana ini semua berkait rapat dengan masa, ia telah dinamakan Surah A'ass..
26.Surah Al-FILL dinamakan peristiwa tentera bergajah yang diketuai oleh ABrahah yang nama mereka ingin meruntuhkan kaabah, sehingga mereka mati bergelimpangan dengan hanya sekecil batu sahaja oleh burung ABABIL.
27.Surah Quraisy adalah nama bagi kaum quraisy iaitu keturunan Nabi s.a.w berasal dari bangsa Quraisy yang paling mulia.
28.Surah Al-kausar adalah sebuah telaga di akhirat kelak yang mana untuk orang terpilih sahaja iaitu dengan syafaat Nabi s.a.w, sekali minum tidak akan dahaga selama-lamanya.
29.Empat Qul iaitu surah kAfiruun, surah Ikhlas, surah aL-fALAQ dan surah An-Nas adalah surah yang dijadikan ayat As-syifa' penyembuh dari gangguan atau tipu daya syaitan, bacalah keempat-empat surah ini dikala anda ingin tidur, insyallah.
30.Tahukah anda surah Al-IKHLAS, jika dibaca sebanyak 3 kali dikala hendak tidur, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : jika surah ikhlas dibaca 3 kali ia bersamaan sekali khatam Al-quran..
Semoga para pembaca dapat memahami dan mengerti setiap ayat-ayat atau surah Al-quran yang terkandung didalamnya, insyallah, Selamat Membaca.. sekian dahulu daripada kajian saya di atas, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhh.
Subscribe to:
Posts (Atom)