PETUA MENGUBATI MASALAH BATUK
Dibawah ini saya menyenaraikan 5 petua untuk mengatasi batuk, insyallah semoga berhasil......
Petua Pertama : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu
ke dalam kicap atau ke dalam gelas, jadikan sebagai minuman, kicap
tersebut bukan banyak ambil sekadar sahaja. Anda boleh amalkan, tidak
kira pada waktu mana pun pagi ke, petang ke atau malam jika anda batuk, cubalah rasa.
Petua kedua : Ambil bawang putih, tumbuk ia sampai hancur, ambil limau
nipis, hiris dan anda perahkan air limau itu ke dalam bawang putih yang
telah hancur tadi dan ambil kulit kayu manis bersamanya, lalu anda kacau
hingga sebati dan anda cubalah rasa dan minum, tapi bolehkah anda dapat
bertahan.
Petua ketiga : Banyakkan minum air, syaratnya air
itu adalah air suam. Purata sebenarnya bagi kita adalah sebanyak 12
gelas setiap hari atau paling kurang 8 gelas sudah cukup, yang penting
anda lakukan, elakkan minuman-minuman manis. Itulah antara punca kenapa kita batuk..
Petua keempat : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu
ke dalam madu, masukkan ke dalam gelas, jadikan sebagai madu berperisa limau.
Petua kelima : Anda juga boleh mengambil Habbatus sauda sebagai jus minuman, amalkan segelas atau dua setiap hari, pagi dan petang, insyallah.
itulah lima petua yang saya dapat kongsikan kepada semua, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment