Monday, February 27, 2012

Tips Penjagaan kesihatan yang mudah.

INFO KESIHATAN : 
Dicelah-celah makanan seperti Buah-buahan atau sebagainya yang menyimpan rahsia atau khasiat tertentu, disamping kita merasai nikmat deria rasa dengan lidah, tahukan anda : setiap daripada kita berbeza dari segi rasa dengan lidah kerana lidah adalah antara otot yang paling kuat sekali, adakalanya rahsia ini diketahui orang-orang tua yang sudah merasai asam garam kehidupan tentu mereka lebih diketahui, dibawah ini saya ingin berkongsi sedikit petua dan saya telah menyenaraikan 20 tentang tips penjagaan kesihatan :
1.Amalkan buah tin yang lembab atau yang basah kepada pesakit BUASIR kerana ia boleh mencegah dan menghindari daripada berlarutan.

2.Amalkan minum SUSU kepada orang yang kurang bertenaga dan kepada orang yang sukar buang air besar, susu juga dapat meningkatkan kalsium tulang anda.


3.Amalkan makan KISMIS 7 biji setiap hari di waktu pagi ketika hendak ke kuliah atau ke sekolah, kismis dapat menguatkan IQ anda dan mencerdaskan otak anda.

4.Amalkan makan buah KURMA untuk menambahkan tenaga anda dan menambahkan darah kepada mereka yang kurang darah.

5.Amalkan makan LOBAK MERAH setiap hari atau 3 kali seminggu, ia boleh menajamkan penglihatan anda yang kabur dan semestinya mata anda akan menjadi cerah pada jarak dekat dan jauh.

6.Amalkan makan buah DURIAN ia boleh melawaskan perut anda serta elakkan makan yang terlalu banyak kerana boleh menyebabkan badan @ perut terasa panas.

7.Elakkan makan TEMBIKAI dengan MADU kerana boleh menyebabkan terasa mabuk atau pening.

8.Amalkan makan buah LIMAU lebih-lebih lagi yang manis atau yang rasa masam-masam manis, buah limau juga boleh mengurangkan SELSEMA dan boleh mencerdaskan otak.

9.Amalkan bahan pelembab muka semulajadi dengan membasuh muka anda dengan air BERAS yang telah dibasuh atau yang telah digunakan dalam periuk nasi anda, air beras juga dapat menyegarkan wajah anda.

10.Elakkan makan telur, ayam atau ikan-ikan laut yang tidak dibakar kepada pesakit kulit, jika dimakan juga menyebabkan penyakit kulit akan berjangkit seperti penyakit kuning, atau bintik-bintik.

11.Hindarilah duduk berhampiran dengan mereka yang merokok, kerana orang yang tidak merokok akan menyebabkan BATUK.

12.Air arak adalah air yang haram untuk kita minum kepada peminum arak hindarilah dan tinggalkanlah air tersebut, air arak boleh menghilangkan akal fikiran anda serta boleh melemahkan anggota badan.

13.Amalkan minum air kelapa, ia boleh mencegah kanser, kencing manis, paru-paru anda dan lain-lain . Buah kelapa antara salah satu buah yang digunakan dalam perubatan islam. 
14.Hindarilah makan telur bersama ikan, kerana ia boleh menyebabkan sakit gigi geraham.
15.Memakan beras (nasi) boleh menyuburkan badan, dan menjernihkan warna kulit badan serta muka.
16.Memakan BETIK boleh menajamkan mata, lebih baik jadikan ia sebagai jus minuman.
17.Susu lembu dapat mengenyangkan dan menambahkan kesuburan kalsium badan.
18.Memakan Halia boleh mengeluarkan angin dalam badan dan menyihatkan perut.
19.Memakan bawang putih boleh memanaskan tubuh, melancarkan air kencing dan ia juga boleh mengubati keracunan dalam badan.
20.Garam boleh menguatkan tubuh dan mengubat luka agar tidak merebak.

No comments:

Post a Comment