Fungsi gerakan Hati
Dibawah ini saya menyenaraikan melalui kajian tersendiri iaitu 8
perkara dari sudut keburukan dan kebaikan tentang hati-hati manusia
kerana hati ini seumpama besi bilamana besi itu terkena air maka ia akan
menjadi karat, mafhum daripada hadis Nabi dan hati juga lebih keras
daripada batu : maksudnya, apabila hati manusia itu sudah disilaputi
titik-titik hitam, sukar untuk kita mencucinya kembali kepada yang asal.
8 Perkara yang boleh menggelapkan hati anda :
1.Bercakap kosong seperti mengumpat, mencaci, dan banyak bercakap.
2.Dengar mendengar ceramah-ceramah ugama selama 3 hari atau lebih.
3.Suka mencari kesalahan orang lain.
4.Mengisi masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
5.Tidak membaca Al-quran dan tidak mendengar hadis Nabi.
6.Makan dan minum dari sumber yang haram.
7.Sikap suka membenci dan suka mencuri hal-hal orang lain.
8.Melakukan dosa kecil/besar yang berpanjangan.
8 perkara untuk mencuci hati anda yang gelap/titik hitam :
1.Melakukan solat dengan khusyuk.
2.Selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah.
3.Membaca Al-quran dan mendengar hadis Nabi.
4.Mendengar ceramah kuliah-kuliah agama.
5.Makan dan minum dari sumber yang halal.
6.Hormati kedua ibubapa dan bercakap lemah lembut kepada mereka.
7.Bercakap hal-hal yang bermanfaat kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment