Pandangan sains berkaitan kesan bacaaan Al-Quran, zikir dan doa kepada seseorang
Terdapat banyak keterangan oleh al-Qur’an, Hadis dan para ulama
menyentuh kelebihan membaca al-Qur’an, zikir dan juga doa. Berikut
adalah beberapa pandangan para Saintis berkaitan kelebihan amalan
tersebut;
Menurut kajian Dr Ahmad E.Kadi membaca al-Qur’an berupaya menurunkan tekanan darah, denyutan nadi dan dapat menyebabkan relaxsisasi otot.
Menurut Dr Muhammad Asim Muhammad Khan merujuk kajian yg dibuat oleh
Norma E.Capra drp Universiti Maryland, Zikir akan menyebabkan sentuhan
pda ‘magic spot’ di bhg lelangit di mulut akan mengaktifkan pengeluaran
neourotransmitter dan neuromodulasi di otak yg bermanfaat utk kesihatan.
Menurutnya banyak kalimah-kalimah di dalam al-Quran bila disebut akan
menyentuh tempat ‘magic spot’ berkenan cth:Kalimah ‘Allah’, La Ila
Hailla Allah dan La Haulawala Quwatailla Billah …”
Seterusnya
seorang ahli psikologi Belanda, Prof. Vander Hoven yg menyimpulkan
perkataan ‘Allah’ yang diucapkan berulang-ulang baik utk org Muslim
ataupun tidak, mampu memberikan pengaruh penyembuhan psikologi. terutama
dari perasaan kesal dan tegang.
Manakala Sheikh Mahmoud
Chiristy lafaz-lafaz solat ( Qur’an, zikir dan doa) memberi kesan
kesihatan. Ini kerana ia beriteraksi dgn alam (memiliki gelombang
resonan yg sama dgn alam sekelilingnya). Sesungguhnya di mana seluruh
makhluk di alam ini semua bertasbih kpd Allah juga.
Menurut Dr
Lorrey Dossy dalam bukunya ‘The Healing Words’ memaparkan kesan doa
kepada penyembuhan pesakit. Beliau mengutip satu contoh kajian dibuat
oleh Dr Byrd di San Francisco General Hospital pada 1988 kepada 393
pesakit jantung kritikal yg dirawat di ICU selama lebih 10 bulan.
Pesakit dibahagi dua kelompok. Pesakit kumpulan A didoakan sehingga
mereka meninggalkan hospital. Pesakit kum B tidak diberikan doa.
Kelompok yg didoakan tidak diberitahu tujuan doa. Hasilnya sangat
menarik. Kelompok yg didoakan meninggalkan hospital lebih awal, insiden
terjadinya kegagalan jantung dua kali lebih rendah dan keperluan ubat
antibiotiknya menurun sebanyak 25%.
Pandangan para Saintis ini
adalah bukti jelas bahawa al-Qur’an, zikir dan doa mempunyai pengaruh
besar kepada pengamalnya. Marilah kita beramal dengan ketiga-tiga
perkara tersebut. saya baca dan petik dri internet : kaunseling syari'e.
No comments:
Post a Comment