Monday, March 5, 2012

7 INFO PENJAGAAN SIHAT


Dibawah ini saya menyenaraikan 7 penjagaan sihat sebagai panduan bersama :

Info 1 : Cuaca dan udara yang terlalu sejuk boleh menghakis kulit lembab menjadi kering, menimbulkan batuk dan selsema, jadi dos pengambilan pakaian hendaklah tebal. Jika anda memandu motosikal, pakailah tebal jika pakaian nipis boleh terdedah kepada bahagian dada, kemungkinan akan menyebabkan lemah jantung  dan sakit dada.

Info 2 : Coklat begitu digemari kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas sekalipun remaja, dos pengambilan coklat yang berlebihan akan menyebabkan rosaknya gigi, gigi akan mengalami hakisan, menimbulkan bakteria dan kuman akan berjangkit pada gigi. Jadi, tinggalkanlah coklat sebagai harian.

Info 3 : Kekurangan tidur mungkin dialami golongan-golongan atas seperti ulama’, pakar professional, guru, dan sebagainya. Ketahuilah, kekurangan tidur juga akan menimbulkan seseorang itu sakit kepala. Tidurlah secara mencukupi yang telah digariskan setiap orang.

Info 4 : Ubat gigi seperti Colgate bukan ubat gigi yang terbaik, malah ia menyebabkan sakit gigi, kemungkinan geraham gigi berdenyut-denyut kerana ia mengandungi bahan kimia seperti florid, DiethelyneGylcol dan lain-lain. Jadi , gunakan prodak-prodak islam seperti HPA.

Info 5 : Orang yang kuat bersukan seperti bermain bola sepak akan menguatkan stamina, mencerdaskan otak dan dapat membakar lemak dalam badan. Boleh juga bersukan dalam bentuk berjoging dan bersenam. Lakukanlah mengikut citarasa masing-masing.

Info 6 : Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari kerana makanan seumpama banyak khasiat, antaranya : menyihatkan @ menguatkan badan, mencerdaskan otak, membantu system pencernaan, mengurang kolesterol, kaya dengan pelbagai C, b1, b2. Makanan seumpama ini dapat memanjangkan umur dan menghalang kita daripada terkena penyakit. 

Info 7 : Orang yang mengangkat berat pastinya dia kuat, mempunyai tubuh badan yang kentul. Ada dikalangan orang tua dan muda mengangkat barang-barang dengan banyak. Ketahuilah, pada usia muda atau tua inilah akan merasai sakit-sakit pinggang, sakit urat, sakit otot dan kemungkinan pada usia tua mengalami penyakit dan tidak mampu membuat kerja lagi.   

 sekian daripada saya, THANKS.

Banyakkan Minum Air, antara kelebihan untuk kesihatan


    Badan kita memerlukan 80% air dalam tubuh, jika badan kita kekurangan air maka badan akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Air juga mengandungi oksigen yang tinggi dan mempunyai molekul-molekul air yang pelbagai bentuk dan warna jika kita dapat melihat dengan Mikroskop. Sesetengah daripada kita menganggap air hanya untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi kita telah silap tentang kelebihan air tersebut.
    
     Ramai golongan muda menggemari minuman manis seperti Coca-cola, Pepsi dan lain-lain, minuman ini  tidak memberi sedikit pun sebarang khasiat atau manfaat kepada kita malah minuman seperti ini mengandungi 100% kalori gula yang tinggi, jika pengambilan minuman seumpama ini berlebih-lebihan seseorang itu kemungkinan akan mengalami kencing manis, seseorang itu mungkin akan pening kepala, sakit perut dan sebagainya.
     
      Ketahuilah bahawa manusia sangat memerlukan air berbanding makanan, jika air tiada maka manusia akan lemah. Antara khasiat dan kelebihan air adalah dapat memproses kitaran makanan dalam perut dengan baik, dan membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan dapat mengurangkan lemak-lemak dalam badan. Selain itu, air juga dapat meningkatkan kalsium tulang, menambahkan tenaga, membantu proses sistem penghadaman, dapat mencernakan sisa-sisa makanan, dapat mengeluarkan peluh, mencerdaskan otak untuk berfikir dan mengurangkan kolesterol dalam badan serta menghapuskan bahan-bahan kimia dalam badan.
   
       Purata dalam piramid makanan, kita memerlukan air sebanyak 12 gelas setiap hari, boleh juga kita dapat mengamalkan 8/9/10 gelas, amalkan setiap hari dikala anda dahaga. Lebih baik dijadikan minuman air suam sebagai breakfast di waktu pagi, tidak lupa juga di waktu petang mahupun malam. Ketahuilah, jika kita kekurangan air, kita akan mengalami batuk dan kemungkinan akan mengeluarkan kahak serta batuk kering pada tekak. Ketahuilah juga, air dapat menggantikan minuman-minuman manis, jika dapat ketahui khasiat air suam demi untuk kesihatan bersama.

Jadikan amalan minuman air sebagai dos pengambilan setiap hari.

“Sihat sepanjang hayat”… sekian, terima kasih.

Sunday, March 4, 2012

3 Petua Mengubati Bisul

Petua pertama : Ambil beberapa helai pokok semalu, tumbukkan ia sampai lumat dan tampalkan pada bisul, lakukanlah setiap hari, insyallah.


Petua kedua : Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada bisul, cuba lakukan beberapa kali.


Petua ketiga : Ambil 2 atau 3 ulas bawang putih, tumbukkan ia sampai hancur dan sapukan pada bisul, lebih elok dibalutkan bersama kain supaya tidak jatuh, insyallah moga-moga sembuh

8 Perkara menajamkan penglihatan mata

Kadangkala penglihatan mata kita kurang jelas, ada setengah orang matanya rabun pada pandangan jauh, entahlah kenapa. Cuba anda amalkan sekiranya mata anda masih lagi sempurma, insyalah moga-moga mendapat rahmat dan pahala daripada Allah s.w.t :


Pertama : Amalkan makan lobak merah (carrot) makanan kegemaran arnab.


Kedua : Lihat pemandangan hijau seperti flora dan fauna atau tumbuh-tumbuh.


Ketiga : Lihat wajah para Ulama’ atau tok-tok guru.


Keempat : Lihat gambar-gambar yang indah seperti keindahan alam atau panorama, keindahan pantai, sungai, dan lautan.


Kelima : Amalkan sentiasa melihat ayat-ayat Al-Quran.


Keenam : Melihat kaabah di Makkatul mukarrmah.


Ketujuh : Duduk menghadap ke arah kiblat.


Kelapan : Amalkan sunnah Nabi dengan bercelak.

25 fakta aneh dari tubuh manusia.

Tubuh manusia menyimpan berbagai misteri yang sangat mengagumkan, meski kadang terlihat aneh atau ganjil. Setidaknya ada 25 fakta dari tubuh manusia yang belum banyak diketahui dan terbilang aneh.

Tubuh manusia terdiri dari berbagai macam organ dan jaringan yang bisa bekerja sama, hal ini membuat seseorang bisa hidup dengan baik. Semua koordinasi sel dan organ membuat tubuh menjalankan fungsi yang sempurna.

Berikut 25 fakta aneh tentang tubuh manusia, seperti dilansir Healthmad, Rabu (9/3/2011), yaitu:


1.Dalam tubuh manusia, sekitar 3 juta sel mati setiap menit.

2.Partikel debu yang ditemukan di rumah sebagian besar berasal dari kulit mati tubuh manusia

3.Otak relatif lebih aktif pada malam hari dalam satu hari

4.Otak terdiri dari 80 persen air

5.Rata-rata orang setiap hari kehilangan sekitar 60 sampai 100 helai rambut.

6.Otot terkuat dalam tubuh manusia adalah lidah.

7.Mata dan hidung selalu tumbuh, tapi mata tetap dengan ukuran yang sama dari awal.

8.Sel telur perempuan adalah sel terbesar dalam tubuh dan sperma laki-laki adalah sel terkecil

9.Untuk mengambil satu langkah, tubuh manusia menggunakan sekitar 200 otot.

10.Ada sekitar 1 triliun bakteri ditemukan pada masing-masing kaki.

11.Sekitar 6 bulan sebelum bayi lahir, gigi sudah mulai tumbuh tapi belum muncul ke permukaan gusi.

12.Kotoran telinga lebih banyak disekresikan oleh tubuh saat orang merasa takut.

13.Sekitar 36.000 galon darah dipompa oleh jantung setiap hari.

14.Ada sekitar 250.000 kelenjar keringat yang ditemukan pada sepasang kaki manusia.

15.Setiap manusia pada saat konsepsi (pembuahan benih) menghabiskan sekitar setengah jam sebagai sel tunggal.

16.Untuk menghasilkan suara ketika berbicara digunakan sekitar 72 otot.

17.Jantung perempuan berdetak lebih cepat dari jantung laki-laki.

18.Semua fungsi tubuh berhenti ketika Anda bersin termasuk jantung, selama sekitar satu detik.

19.Sekitar 15 juta sel darah bisa hancur setiap detik.

20.Laki-laki dapat mengalami ereksi setiap satu setengah jam saat tidur.

21.Ada sekitar 120 juta hubungan seksual yang berlangsung setiap hari di seluruh dunia.

22.Ada sekitar 31.500 kata yang diucapkan manusia setiap hari.

23.Saat terlalu banyak makan, kemampuan pendengaran manusia menjadi berkurang.

24.Golongan darah O adalah golongan darah yang paling umum di dunia.

25.Manusia tidak merasa geli saat menggelitik tubuhnya sendiri.

sumber laman web : w.w.w.detikhealth.com/.../25-fakta-aneh-da..

Kelebihan menaiki tangga dari sudut kesihatan

Lif lebih cepat sampai berbanding menggunakan tangga, tetapi tahukah anda menggunakan tangga baik untuk kesihatan kita. saya telah membuat beberapa pemerhatian sepanjang berada di wisma sultan Muhammad v ini :  

Dibawah ini saya senaraikan 10 manfaat menggunakan tangga, baca dan amalkan:

1.Menguatkan otot-otot anda seperti betis, peha, tangan dan perut.

2.Melancarkan sistem darah.

3.Dapat menghadamkan sisa-sisa makanan dalam badan anda.

4.Menguatkan tenaga.

5.Mengaktifkan sel-sel dalam tubuh.

6.Mengeluarkan peluh bagi orang yang berisi.

7.Dapat menghancurkan lemak dalam badan anda.

8.Jantung berdeyut dengan aktif.

9.Menguatkan denyutan jantung untuk mengepam darah lebih banyak.

10.Menggunakan tangga juga seolah-olah seperti berjoging dan bersenam.

Saturday, March 3, 2012

MENGUBATI MASALAH BATUK SECARA ISLAM

Dibawah ini saya menyenaraikan 7 langkah-langkah petua untuk mengatasi batuk :

Langkah pertama : sembahyang hajat 2 rakaat.

Langkah kedua : Ambil segelas air kosong, anda hendaklah baca surah Al-fatihah sebanyak 10 kali atau lebih, lebih baik lagi anda baca 41 kali.

Langkah ketiga : selawat ke atas Nabi dan diselagi dengan niat dalam hati anda untuk sembuhkan penyakit.

Langkah keempat : Sebelum minum bacalah BISMILLAH 3 kali pada tapak tangan kanan anda dan sapukan ke atas kepala dan dada anda.

Langkah kelima : Waktu pagi amat sesuai sekali untuk diamalkan sebelum memasukkan makanan ke dalam rongga.

Langkah keenam : Cara ini juga boleh diamalkan kepada mereka yang selsema, kahak, batuk kering dan demam.. insyalalh.

Langkah ketujuh : Berikan air yang telah dibaca itu kepada pesakit, dan hendaklah dia berdoa dan solat hajat
.

11 Petua kecantikkan semulajadi

Disebalik khasiat semulajadi yang Allah jadikan ini memberi kesan dan efek kepada kita kerana didalamnya mengandungi pelbagai rahsia jika kita mengetahuinya, anda juga boleh bertanyakan kepada pakar-pakar kecantikan atau kesihatan. Dibawah ini saya menyenaraikan 11 petua yang mudah dan senang dilakukan tanpa bahan-bahan pengawet atau kimia. Elakkan daripada menggunakan losyen yang terdapat dikedai-kedai jualan kosmetik kerana mengandungi bahan-bahan berunsur efek kepada kulit dan itulah menyebabkan wajah anda berjerawat dan berbintik kemerahan dan sebaliknya. Elakkan juga daripada menghabiskan wang demi untuk kecantikkan seperti memasukkan cucuk atau botik atau menggunakan alat penghakis jerawat.Insyallah, Jadi cuba anda amalkan petua dibawah ini jika ada kelapangan masa dirumah : 

Petua Pertama : Ambil satu batang mentimun, hiriskan ia menjadi bentuk bulat lalu anda tampalkan mentimun tersebut pada muka iaitu kedua-dua pipi dan letakkan juga pada kedua-dua mata. Cuba amalkan ia ketika hendak tidur, boleh juga amalkan pada waktu pagi atau petang sambil anda berbaring di atas katil.

Petua Kedua : Amalkan makan Tomato, boleh dijadikan juga sebagai resepi sarapan di waktu pagi atau petang bersama sajian nasi. Ambil  Tomato tersebut lalu hiriskan ia menjadi bentuk bulat lalu anda hendaklah tampal pada muka atau kedua-dua pipi. Lakukan ketika hendak tidur atau boleh juga amalkan di waktu tengah hari sambil melintang di atas tempat tidur anda.  Antara khasiatnya Tomato adalah melicinkan kulit anda dan melembutkan kulit dan muka.

Petua Ketiga : Ketika anda mencuci beras simpan air beras tersebut ke dalam mangkuk, ambil air beras itu lalu anda basuh muka dengan air. Air beras menyegarkan kulit muka dan kecantikan kulit padanya.

Petua keempat : Amalkan selalu mengambil Wudu’  tatkala keluar kentut selepas tiap-tiap kali sembahyang, itulah hikmah disebaliknya. Air wudu’ juga menjadi awek muda syarat amalkan setiap hari.

Petua Kelima : Amalkan selalu makan buah Pisang. Antara khasianya : mencantikkan kulit anda dan merengangkan kulit yang kendul. Insyallah.   

Petua keenam : Amalkan baca Al-Quran setiap hari tidak kira waktu pagi, petang atau malam. Orang yang selalu baca Al-Quran boleh juga menjadi cantik. Antara kelebihannya : Menyihatkan Rohani, menyengangkan makanan Roh. Selain itu, Wajah anda akan ceria, menyihatkan kulit dan mencantikkan wajah sekalipun usia seseorang itu tua tetapi ia tetap kelihatan cantik, Subhanallah.

Petua KetujuhAmalkan senaman diwaktu pagi atau boleh juga waktu petang seelok-elok waktu pagi kerana cahaya matahari ketika itu menyegarkan tubuh badan dan mencerdaskan otak. Senaman juga menurunkan paras kolesterol, menurunkan berat badan anda serta badan akan menjadi langsing.  

Petua Kelapan : Ambil sebiji telur, pecahkan ia dan ambil lendir yang putih. Campurkan sedikit Madu @ susu kambing dan jadikan ia sebagai losyen dan tampalkan pada wajah anda. Antara khasiat lendir telur adalah kulit akan menjadi tegang, melicinkan kulit dan mencantikkan wajah daripada berjerawat.

Petua Kesembilan : Amalkan senyuman setiap hari, serlahkan wajah @ muka anda yang ceria tidak kira di waktu pagi, petang  atau malam. Orang yang ceria atau senyum selalu boleh menyerlahkan wajah menjadi cantik walaupun hodoh dan wajah juga menjadi menawan. Tahukah anda, kajian yang dijalankan oleh beberapa orang pelajar Universiti di Amerika menyatakan bahawa senyuman mampu mencegah selsema. Subhanallah.

Petua Kesepuluh : Amalkan Doa Asy-syifa dan selawat ke atas Nabi tidak kira selepas solat 5 waktu atau jika anda ada kelapangan masa. Dengan cara ini juga mampu kelihatan cantik dan gayanya menyerlahkan personaliti islam yang unggul.

Petua Kesebelas : Amalkan membaca 3 surah iaitu surah Yusuf, surah An-Nur dan surah Waqi’ah. Orang yang membaca Surah Yusuf akan menjadi hensem di Akhirat kelak sebagaimana Nabi Yusuf a.s. Orang yang membaca surah An-Nur akan menyerlahkan wajahnya yang bercahaya dan indah, insyallah. Orang yang membaca surah Waqi’ah akan mendapatkan kemurahan rezeki dan gayanya kelihatan cantik.   

Friday, March 2, 2012

KELEBIHAN MINYAK KASTURI DARI SUDUT KESIHATAN

Minyak kasturi memang mempunyai banyak kegunaan. Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyya r.a. 

Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:

1.Memberi kekuatan kepada roh.

2.Menenagkan jiwa [hati].

3.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.

4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.

5.Menghilangkan debaran jantung.

6.Menghilangkan sesak nafas.

7.Melegakan lelah [asma].

8.Menyedarkan orang yang pengsan.

9.Memperkuatkan organ [anggota] luaran.

10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.

11.Menghilangkan kegementaran tubuh.

12.Menghilangkan sejuk tubuh.

13.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.

14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.

15.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.

16.Menjernihkan mata putih pada mata.

17.Berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.

18.Menghindarkan wabak penyakit.

19.Dapat melanjutkan usia.

20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang-orang soleh, sebaliknya dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.

20 Kelebihan-kelebihan kayu sugi @ miswak

Dibawah ini saya menyenaraikan 20 kelebihan mengikut penelitian saya, pengetahuan saya sendiri tanpa sedikit pun mengambil mana-mana artikel, majalah, surat khabar. hatta dalam internet, ini adalah pengalaman dan ilmu dari guru saya tetapi kebanyakkan maklumat dari pengetahuan saya sendiri, iaitu :

1.Sunnah baginda Rasulullah s.a.w.
2.Menguatkan Gigi anda.
3.Gigi menjadi bersih berseri.
4.Bau gigi dan mulut berbau harum.
5.Menguatkan Gusi dan lidah.
6.Menguatkan otot-otot lidah.
7.Tanpa menggunakan ubat.
8.Mematikan kuman-kuman dicelah gigi.
9.Diterima permohonan doa.
10.Ditakuti golongan-golongan kafir.
11.Penglihatan mata menjadi tajam.
12.Mudah mengucapkan kalimah tauhid diakhir kematian.
13.Membantu penglihatan mata yang rabun.
14.Menguatkan otak.
15.Mudah menangkap sesuatu benda.
16.Otak menjadi kuat dan mudah mengingati/menghafal.
17.Berus gigi yang unggul atau yang asli.
18.Dapat mencuci hati yang kotor.
19.Membersih kembali gigi yang kotor iaitu setelah menghisap rokok.
20.Dapat melakukan amalan solat dengan baik dan tenang.
21.Ditakuti syaitan-syaitan dan golongan jin kafir.
22.Hati menjadi khusyuk kepada Allah s..w.t.
23.Bau mulut menjadi bau-bauan ubat.
24.Mulut akan menjadi lancar/fasih terutama ketika membaca.
25.Mendapat pahala ganjaran 100 pahala mati syahid.

Tuesday, February 28, 2012

Pandangan sains berkaitan kesan bacaaan Al-Quran, zikir dan doa kepada seseorang

Terdapat banyak keterangan oleh al-Qur’an, Hadis dan para ulama menyentuh kelebihan membaca al-Qur’an, zikir dan juga doa. Berikut adalah beberapa pandangan para Saintis berkaitan kelebihan amalan tersebut;

Menurut kajian Dr Ahmad E.Kadi membaca al-Qur’an berupaya menurunkan tekanan darah, denyutan nadi dan dapat menyebabkan relaxsisasi otot.

Menurut Dr Muhammad Asim Muhammad Khan merujuk kajian yg dibuat oleh Norma E.Capra drp Universiti Maryland, Zikir akan menyebabkan sentuhan pda ‘magic spot’ di bhg lelangit di mulut akan mengaktifkan pengeluaran neourotransmitter dan neuromodulasi di otak yg bermanfaat utk kesihatan. Menurutnya banyak kalimah-kalimah di dalam al-Quran bila disebut akan menyentuh tempat ‘magic spot’ berkenan cth:Kalimah ‘Allah’, La Ila Hailla Allah dan La Haulawala Quwatailla Billah …”

Seterusnya seorang ahli psikologi Belanda, Prof. Vander Hoven yg menyimpulkan perkataan ‘Allah’ yang diucapkan berulang-ulang baik utk org Muslim ataupun tidak, mampu memberikan pengaruh penyembuhan psikologi. terutama dari perasaan kesal dan tegang.

Manakala Sheikh Mahmoud Chiristy lafaz-lafaz solat ( Qur’an, zikir dan doa) memberi kesan kesihatan. Ini kerana ia beriteraksi dgn alam (memiliki gelombang resonan yg sama dgn alam sekelilingnya). Sesungguhnya di mana seluruh makhluk di alam ini semua bertasbih kpd Allah juga.

Menurut Dr Lorrey Dossy dalam bukunya ‘The Healing Words’ memaparkan kesan doa kepada penyembuhan pesakit. Beliau mengutip satu contoh kajian dibuat oleh Dr Byrd di San Francisco General Hospital pada 1988 kepada 393 pesakit jantung kritikal yg dirawat di ICU selama lebih 10 bulan. Pesakit dibahagi dua kelompok. Pesakit kumpulan A didoakan sehingga mereka meninggalkan hospital. Pesakit kum B tidak diberikan doa. Kelompok yg didoakan tidak diberitahu tujuan doa. Hasilnya sangat menarik. Kelompok yg didoakan meninggalkan hospital lebih awal, insiden terjadinya kegagalan jantung dua kali lebih rendah dan keperluan ubat antibiotiknya menurun sebanyak 25%.

Pandangan para Saintis ini adalah bukti jelas bahawa al-Qur’an, zikir dan doa mempunyai pengaruh besar kepada pengamalnya. Marilah kita beramal dengan ketiga-tiga perkara tersebut. saya baca dan petik dri internet : kaunseling syari'e.

PETUA MENGUBATI MASALAH BATUK

Dibawah ini saya menyenaraikan 5 petua untuk mengatasi batuk, insyallah semoga berhasil......

Petua Pertama : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu ke dalam kicap atau ke dalam gelas, jadikan sebagai minuman, kicap tersebut bukan banyak ambil sekadar sahaja. Anda boleh amalkan, tidak kira pada waktu mana pun pagi ke, petang ke atau malam jika anda batuk, cubalah rasa.
Petua kedua : Ambil bawang putih, tumbuk ia sampai hancur, ambil limau nipis, hiris dan anda perahkan air limau itu ke dalam bawang putih yang telah hancur tadi dan ambil kulit kayu manis bersamanya, lalu anda kacau hingga sebati dan anda cubalah rasa dan minum, tapi bolehkah anda dapat bertahan.
Petua ketiga : Banyakkan minum air, syaratnya air itu adalah air suam. Purata sebenarnya bagi kita adalah sebanyak 12 gelas setiap hari atau paling kurang 8 gelas sudah cukup, yang penting anda lakukan, elakkan minuman-minuman manis. Itulah antara punca kenapa kita batuk..

Petua keempat : Ambil limau nipis, hiriskan dan perahkan air limau itu ke dalam madu, masukkan ke dalam gelas, jadikan sebagai madu berperisa limau.
Petua kelima : Anda juga boleh mengambil Habbatus sauda sebagai jus minuman, amalkan segelas atau dua setiap hari, pagi dan petang, insyallah.
itulah lima petua yang saya dapat kongsikan kepada semua, selamat mencuba.

khasiat 7 buahan

Dibawah ini saya menyenaraikan 7 sahaja khasiat buah-buahan, ringkas tapi manfaat demi kesihatan kita:

1.PISANG boleh mengurangkan tekanan darah.
2.KIWI boleh mengatasi penyakit Insomnia.  
3.KURMA menambahkan darah dan menguatkan tenaga.
4.EPAL mampu menurunkan paras kolesterol.  
5.MANGGA membantu sistem penghadaman badan. 
6.ANGGUR kaya dengan vitamin c dan baik untuk kalium. 
7.DURIAN boleh memanaskan badan.                                                                                                                                                                                                                          

Fungsi gerakan Hati

Dibawah ini saya menyenaraikan melalui kajian tersendiri iaitu 8 perkara dari sudut keburukan dan kebaikan tentang hati-hati manusia kerana hati ini seumpama besi bilamana besi itu terkena air maka ia akan menjadi karat, mafhum daripada hadis Nabi dan hati juga lebih keras daripada batu : maksudnya, apabila hati manusia itu sudah disilaputi titik-titik hitam, sukar untuk kita mencucinya kembali kepada yang asal.

8 Perkara yang boleh menggelapkan hati anda :

1.Bercakap kosong seperti mengumpat, mencaci, dan banyak bercakap.
2.Dengar mendengar ceramah-ceramah ugama selama 3 hari atau lebih.
3.Suka mencari kesalahan orang lain.
4.Mengisi masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
5.Tidak membaca Al-quran dan tidak mendengar hadis Nabi.
6.Makan dan minum dari sumber yang haram.
7.Sikap suka membenci dan suka mencuri hal-hal orang lain.
8.Melakukan dosa kecil/besar yang berpanjangan.

8 perkara untuk mencuci hati anda yang gelap/titik hitam :

1.Melakukan solat dengan khusyuk.
2.Selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah.
3.Membaca Al-quran dan mendengar hadis Nabi.
4.Mendengar ceramah kuliah-kuliah agama.
5.Makan dan minum dari sumber yang halal.
6.Hormati kedua ibubapa dan bercakap lemah lembut kepada mereka.
7.Bercakap hal-hal yang bermanfaat kepada masyarakat.

TAHUKAH ANDA !

Dibawah ini saya menyenaraikan 20 kajian dan penelitian saya sepanjang saya memerhati, berfikir dan membaca dalam artikel dan juga pengetahuan saya sendiri dan tidak copy mana-mana pun. Jadi diharap baca dan fahami tentang keajaiban sekeliling anda yang mana Allah s..w.t tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia tetapi ia penuh dengan misteri dan rahsia alam ini.

1.Bentuk-bentuk dalam solat seperti berdiri, rukuk, sujud dan tahiyyatul akhir membentuk kalimah AHMAD iaitu Muhammad.

2.Usia wanita lebih mudah tua berbanding lelaki.

3.Kaabah mempunyai keajaiban tersendiri salah satunya ia adalah pusat titik tengah bumi.

4.Gunung-gunung bergerak sedikit demi sedikit, Allah s.w.t telah menyatakan didalam Al-quran bahawa gunung itu tidaklah berdiam diri akan tetapi ia bergerak mengubah struktur bumi.

5.Nama yang paling popular didunia ini adalah MUHAMMAD.

6.Wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki.

7.Haiwan yang paling rajin dan saling bekerjasama adalah semut.

8.Air zam-zam adalah air yang paling jernih dan mempunyai khasiat serta boleh mengubati segala penyakit mengikut apa yang kita niatkan.

9.Kitab yang paling banyak dibaca didunia ini adalah Al-quran.

10.Zionisme adalah yahudi palsu, ia direka oleh tokoh yang paling terpengaruh untuk mencipta agama baru mereka.

11.Orang yang lemah pasti akan ditindas, dicerca oleh golongan yang kuat.

12.Semakin hari, semakin cepat masa berlalu, semakin hampir dengan mati dan juga semakin hampir dengan kiamat.

13.Kiamat 2012 adalah reka cipta semata-mata, manusia hanya boleh meramal sahaja tetapi Allahlah yang mengetahui dan menentukan segala-galanya.

14.Ibu lebih memilih anaknya daripada emas yang banyak.

15. Tiga Warna kesukaan Nabi s.a.w. iaitu hijau, hitam dan putih.

16.Gelombang suara yang sangat kuat boleh merosakkan gegendang telinga anda.

17.Kelajuan cahaya lebih cepat daripada kelajuan bunyi.

18.Nama-nama Allah mempunyai 3000 kesemuanya.

19.Air wuduk juga boleh menjadikan seseorang itu awek muda jika diamalkan selalu tatkala batalnya wuduk.

20.Senaman juga mampu mengurangkan lemak dalam badan dan ia juga boleh mengubati penyakit-penyakit kronik.

NIKMAT KEAJAIBAN ANGGOTA MANUSIA

1.MATA boleh melihat semua sudut ruang, ia seumpama sebuah kamera yang canggih, tanpa mata mana mungkin kita boleh berjalan, membaca, dan melakukkan kerja setiap hari.

2.TELINGA mampu mendengar pada jarak jauh, ia juga mampu mengesan bunyi, ia seumpama MP3 yang boleh menangkap setiap kata-kata. Jika telinga anda pekak dan anda ingin membelinya sebanyak RM 30 juta sekalipun ia tidak mampu menyamainya.

3.HIDUNG boleh menghidu berbagai-bagai jenis bau-bauan, telinga juga mampu mengesan, merasa dengan hanya menghidu baunya sahaja.

4.RAMBUT adalah nikmat yang tidak boleh dipisahkan dengan kepala, setiap satu-satunya melebihi 30.000 helai rambut, bayangkan jika anda botak tentunya anda malu.

5.KEPALA lebih keras daripada kayu tetapi ia boleh pecah jika tidak menjaga dengan baik seperti kemalangan. Elakkan bergurau, hentuk-hentuk kepala kerana boleh menyebabkan anda susah mengingati,

6.TULANG lebih keras daripada Konkrit yang dibina untuk mendirikan sebuah bangunan, semakin hari tulang manusia menjadi tinggi mengikut peningkatan usia.

7.SENDI-SENDI manusia mempunyai 360 semuanya.

8,KAKI ibarat sebuah alat kenderaan roda, mampu berjalan keseluruh dunia, kaki juga mempunyai otot tersendiri dan kaki juga mempunyai titik-titik reflik urutan dengan hanya menggunakan tangan, dan mampu mengubati penyakit-penyakit dengan hanya urut pada tapak kaki.

9.TANGAN ibarat tangan robot yang boleh membuat semua kerja tetapi lebih hebat daripada itu.

10.KULIT mempunyai deria sentuh yang tersendiri dan boleh merasai panas, pedih, keras, dan lembut . Setiap kulit daripada kita berbeza.

Kebenaran pencipta tujuh lapis langit

Didalam Al-quran, Allah s.w.t berfirman, maksudnya ; “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”….

Allah menciptakan tujuh langit dan berulang-ulang kali menyebutkannya sebanyak tepat tujuh kali. Ketujuh ayat tersebut adalah:

﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ﴾ [البقرة : 29].

“dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit”

﴿تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ﴾ [الإسراء : 44].

“langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah”

3ـ ﴿قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ﴾ [المؤمنون : 86].

“Katakanlah: “Siapakah yang Memiliki langit yang tujuh dan yang Memiliki ‘Arsy yang besar?”

﴿فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ﴾ [فصلت : 12].

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa”

﴿اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ﴾ [الطلاق : 12].

“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan juga bumi.“

﴿الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [الملك : 3].

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis“

﴿أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَوَاتٍ طِبَاقاً﴾ [نوح : 15].

“ Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”

Kesesuaian yang begitu tersusun ini menyatakan Zat Yang Menurunkan Al-Quran adalah Pencipta tujuh langit. Maha Suci Allah lagi Maha Berkuasa! SUBHANALLAH

Rahsia Wudhu’

INFO ISLAM :
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, bern
iatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini”.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,“Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,“Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat”.
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Monday, February 27, 2012

Tips Penjagaan kesihatan yang mudah.

INFO KESIHATAN : 
Dicelah-celah makanan seperti Buah-buahan atau sebagainya yang menyimpan rahsia atau khasiat tertentu, disamping kita merasai nikmat deria rasa dengan lidah, tahukan anda : setiap daripada kita berbeza dari segi rasa dengan lidah kerana lidah adalah antara otot yang paling kuat sekali, adakalanya rahsia ini diketahui orang-orang tua yang sudah merasai asam garam kehidupan tentu mereka lebih diketahui, dibawah ini saya ingin berkongsi sedikit petua dan saya telah menyenaraikan 20 tentang tips penjagaan kesihatan :
1.Amalkan buah tin yang lembab atau yang basah kepada pesakit BUASIR kerana ia boleh mencegah dan menghindari daripada berlarutan.

2.Amalkan minum SUSU kepada orang yang kurang bertenaga dan kepada orang yang sukar buang air besar, susu juga dapat meningkatkan kalsium tulang anda.


3.Amalkan makan KISMIS 7 biji setiap hari di waktu pagi ketika hendak ke kuliah atau ke sekolah, kismis dapat menguatkan IQ anda dan mencerdaskan otak anda.

4.Amalkan makan buah KURMA untuk menambahkan tenaga anda dan menambahkan darah kepada mereka yang kurang darah.

5.Amalkan makan LOBAK MERAH setiap hari atau 3 kali seminggu, ia boleh menajamkan penglihatan anda yang kabur dan semestinya mata anda akan menjadi cerah pada jarak dekat dan jauh.

6.Amalkan makan buah DURIAN ia boleh melawaskan perut anda serta elakkan makan yang terlalu banyak kerana boleh menyebabkan badan @ perut terasa panas.

7.Elakkan makan TEMBIKAI dengan MADU kerana boleh menyebabkan terasa mabuk atau pening.

8.Amalkan makan buah LIMAU lebih-lebih lagi yang manis atau yang rasa masam-masam manis, buah limau juga boleh mengurangkan SELSEMA dan boleh mencerdaskan otak.

9.Amalkan bahan pelembab muka semulajadi dengan membasuh muka anda dengan air BERAS yang telah dibasuh atau yang telah digunakan dalam periuk nasi anda, air beras juga dapat menyegarkan wajah anda.

10.Elakkan makan telur, ayam atau ikan-ikan laut yang tidak dibakar kepada pesakit kulit, jika dimakan juga menyebabkan penyakit kulit akan berjangkit seperti penyakit kuning, atau bintik-bintik.

11.Hindarilah duduk berhampiran dengan mereka yang merokok, kerana orang yang tidak merokok akan menyebabkan BATUK.

12.Air arak adalah air yang haram untuk kita minum kepada peminum arak hindarilah dan tinggalkanlah air tersebut, air arak boleh menghilangkan akal fikiran anda serta boleh melemahkan anggota badan.

13.Amalkan minum air kelapa, ia boleh mencegah kanser, kencing manis, paru-paru anda dan lain-lain . Buah kelapa antara salah satu buah yang digunakan dalam perubatan islam. 
14.Hindarilah makan telur bersama ikan, kerana ia boleh menyebabkan sakit gigi geraham.
15.Memakan beras (nasi) boleh menyuburkan badan, dan menjernihkan warna kulit badan serta muka.
16.Memakan BETIK boleh menajamkan mata, lebih baik jadikan ia sebagai jus minuman.
17.Susu lembu dapat mengenyangkan dan menambahkan kesuburan kalsium badan.
18.Memakan Halia boleh mengeluarkan angin dalam badan dan menyihatkan perut.
19.Memakan bawang putih boleh memanaskan tubuh, melancarkan air kencing dan ia juga boleh mengubati keracunan dalam badan.
20.Garam boleh menguatkan tubuh dan mengubat luka agar tidak merebak.

Saturday, February 25, 2012

BAHAYANYA MEROKOK

INFO KESIHATAN                                                                                                                                                                                      
Dibawah ini saya menyenaraikan 10 keburukan-keburukan merokok terhadap kesihatan anda.

1.Merokok mengandungi bahan-bahan kimia seperti racu tikus, Metanol, Arsenik, Nikotin, karbon monoksida, kadmium dan lain-lain lagi.

2.Menyebabkan paru-paru menjadi hitam dan akan mengalami kanser paru-paru.
3.Merokok juga membawa kematian pada usia remaja lagi jika tahap usianya yang pendek.
4.Setiap asap yang keluar boleh mematikan beratus-ratus sel dalam badan.

5.Menyebabkan perokok akan mengalami penyakit lemah jantung, sakit jantung, atau jantung tersumbat.

6.Menimbulkan penyakit-penyakit lain seperti kanser otak, barah, penyakit kulit, batuk, selsema, pening kepala, appendix, strok serta meningkatkan kolesterol.

7.Merokok boleh kecenderungan masuk angin dalam badan atau Flu.
8.Merokok juga boleh mengakibatkan rosak otak, mental atau fikiran.

9.Merokok juga boleh dikaitkan matinya pucuk tetapi tidak semestinya juga ada dikalangan kita dapat ramai anak tetapi juga anak-anak anda kemungkinan kurang cerdas, mudah terkena penyakit kulit dan sebagainya.

10.Jika berlaku penyumbatam darah kemungkian strok bahagian otak.

Tuesday, February 21, 2012

INFO DAN FAKTA SURAH DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum,kepada semua pembaca yang dikasihi.Sesungguhnya Al-quran itu adalah satu kitab kebenaran bagi seluruh umat manusia kerana didalamnya terdapat pelbagai rahsia dan banyak kisah-kisah para Nabi dan Rasul, dalam Al-quran juga Allah s.w.t menceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dimusnahkan kerana kekafirannya kepada utusan Rasul Allah. Al-quran juga mengandungi pelbagai keajaiban, fakta sains yang banyak merungkai hal-hal saintifik oleh ilmuan barat pada zaman ini. Dibawah ini saya telah menyenaraikan sebanyak 30 berbentuk info dan fakta yang saya tujukan kepada semua para sahabat-sahabat saya sekelian tentang surah-surah dalam AL-QURAN, anda bolehlah baca, lihat dan fahami :

1.Surah Al-fatihah mempunyai 7 ayat sahaja, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"surah Al-fatihah adalah ubat segala penyakit'.

2.Surah yusuf adalah surah yang dinamakan sempena NaBI Yusuf a.s, sesiapa yang baca, insyallah akan menjadi cantik/hensem diakhirat kelak.

3.Surah Al-baqarah adalah sempena kisah Kaum nabi musa iaitu bani israel yang mana mereka menyembah lembu samiri, mereka jadikan sebagai tuhan.

4.Tahukah anda, surah Al-imran. Imran adalah bapa kepada maryam ibu kepada nabi isa.

5.Surah yunus dan Hud adalah nama 2 orang rasul utusan Allah kepada kaum baginda.. Kisah Nabi yunus, baginda ditelah oleh ikan NUN/paus selama 40 hari, Nabi hud mempunyai kaumnya yang pandai membina bangunan dengan mengukir dan memahat pada batu.

6.Surah Ar-ra'du dinamakan surah petir/halilintar. tahukah anda: kecepatan petir adalah kelajuan cahaja lebih cepat dari sesaat dan sekelit mata anda.

7.Surah AN-nahli dinamakan surah semut. Tahukah anda, antara haiwan yang paling rajin, bekerjasama antara satu sama lain, tidak pernah bergaduh sesama mereka adalah semut, ia dicatat didalam Al-quran.

8.Surah Al-israk dinamakan sempena peristiwa perjalanan Nabi s.a.w dari Mekkah ke Masjidil AQSA dan baginda naik ke langit dengan menunggang Seekor BuraQ.

9.Surah Al-kahfi adalah surah yang menceritakan kisah 7 orang pemuda dan seekor anjing, mereka lari demi menyelamatkan iman mereka dari kerajaan zalim.

10.Tahukah anda Surah Yassin dan Surah Taha adalah nama Nabi s.a.w.

11.Tahukah anda surah Al-furqan adalah nama Al-quran dan surah an-Nur adalah sifat Al-quran.


12.Surah an-Naml adalah surah lebah, LEBAH mengeluarkan MADU, tahukah anda madu sangat baik kepada kesihatan kita, ia boleh dijadikan sebagai minuman dan ubat segala penyakit.


13.Labah-labah antara serangga yang tercatat didalam Al-quran, Tahukah anda: labah-labah boleh dikatakan 'pakar menangkap mangsa' dengan hanya menunggu dan bersabar dan labah-labah juga adalah 'pakar membuat sarang' yang begitu kukuh dan kental.

14.Kerajaan ROm adalah antara kuasa besar dunia pada masa itu sebelum kelahiran Nabi s.a.w, ia dicatatkan didalam AL-quran.

15.Surah LuQman adalah nama seorang Ahli hikmah dan bijaksana dalam kata-kata/ nasihat kepada anak-anaknya.


16.Antara nama-nama planet yang dinamakan surah didalam Al-quran adalah Bintang.. BulaN.. dan Matahari.. selain itu terdapat Nama: BuruJ.. masa dan waktu : malaM.. PAGI.. dan subuh.. semua dimanakan surah..

17.Surah Al-hadid dinamakan BESI, tahukah anda: Dalam senarai atau data unsur-unsur kimia menunjukkan Besi adalah NO ke 26..

18.SuraH juMu'at dinamakan surah hari jumaat, yang mana umat islam semua berkumpul mendengar khutbah pada hari tersebut.

19.Tahukah anda: Surah Mulk adalah surah yang menghalang/membantu kita daripada siksaan kubur. Yang mana Nabi s.a.w tidak akan tidur selagi tidak membaca 2 surah iaitu surah Sajadah dan surah Mulk.

20.Surah Al-haaqah, surah ZAlzalah, surah Al-qari'ah, surah Kiamat, surah Al-ghosyiah dan surah An-naba' adalah 6 surah yang dinamakan nama-nama hari kiamat.

21.Surah nuh adalah nama Nabi NUh a.s, baginda menyeru kaumnya selama 950 tahun dan baginda berusia hampir 1000 tahun setelah berlaku banjir yang besar.

22.Jin tercatat nama surah didalam Al-Quran, jin sama dengan manusia dari segi makan dan minum, budaya dan adat resam, jin juga ada golongan islam dan ada yang kafir.

23.Surah aL-BALAD adalah surah negeri, SURAH ini adalah negeri yang aman sentisa iaitu mekkah..

24.Bacalah Surah Asy-rah kerana surah ini melapangkan dada, baca ketika anda ingin memulakan pembelajaran.

25.MASA amat penting dalam kehidupan kita, rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara kerana ini semua berkait rapat dengan masa, ia telah dinamakan Surah A'ass..

26.Surah Al-FILL dinamakan peristiwa tentera bergajah yang diketuai oleh ABrahah yang nama mereka ingin meruntuhkan kaabah, sehingga mereka mati bergelimpangan dengan hanya sekecil batu sahaja oleh burung ABABIL.

27.Surah Quraisy adalah nama bagi kaum quraisy iaitu keturunan Nabi s.a.w berasal dari bangsa Quraisy yang paling mulia.

28.Surah Al-kausar adalah sebuah telaga di akhirat kelak yang mana untuk orang terpilih sahaja iaitu dengan syafaat Nabi s.a.w, sekali minum tidak akan dahaga selama-lamanya.

29.Empat Qul iaitu surah kAfiruun, surah Ikhlas, surah aL-fALAQ dan surah An-Nas adalah surah yang dijadikan ayat As-syifa' penyembuh dari gangguan atau tipu daya syaitan, bacalah keempat-empat surah ini dikala anda ingin tidur, insyallah.

30.Tahukah anda surah Al-IKHLAS, jika dibaca sebanyak 3 kali dikala hendak tidur, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : jika surah ikhlas dibaca 3 kali ia bersamaan sekali khatam Al-quran..

Semoga para pembaca dapat memahami dan mengerti setiap ayat-ayat atau surah Al-quran yang terkandung didalamnya, insyallah, Selamat Membaca.. sekian dahulu daripada kajian saya di atas, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhh.